Thursday, December 30, 2010
misi Indon, kini giliran RTM selepas FAM
Laman web rasmi RTM adalah RTM.Gov.my, bukan RTM.com.my. Biasa’lah, propaganda Indonesia.
Selepas website pelajar Malaysia, kali ini website yang kononnya milik RTM telah digodam oleh team hacker Indonesia yang dikenali sebagai ^s0n_g0ku^, beralamat email di mabuak[at]live.com.
Mesej mereka berbaur sentimen AFF Suzuki Cup berbunyi, “Loe Main Laser Gue Olang Main Server”. Nampaknya, penyokong Indonesia bersikap kebudak-budakan dengan melepaskan kemarahan secara hacking. Kemungkinan besar hacker ini berketurunan Minang apabila lagu latar yang dimainkan berjudul Ayam Den Lopeh.
Malangnya, niat hacker Indonesia ini tidak kesampaian apabila mereka salah hack website rasmi RTM, LOL!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment