Friday, December 31, 2010

misi zizan dan juliana evan...(nini)


Ya. Juliana Evans mula bersuara tentang gossip cinta beliau dengan Zizan Raja Lawak.
Pasangan ini mula kelihatan mesra ketika berlangsungnya Shout! Awards tidak lama dahulu.
Ini menimbulkan spekulasi sama ada Juliana Evans kini sedang bercinta dengan Zizan, selebriti kelakar yang sedang meningkat naik.
“Saya tak nafikan dia menepati kriteria lelaki idaman tetapi buat masa ini, saya belum bersedia untuk bercinta semula,” kata Juliana Evans kepada mStar Online.
Juliana Evans yang masih belum sembuh hati’nya akibat putus cinta dengan vokalis Bunkface, Sam berkata beliau belum bersedia untuk komitmen baru.
“Bukan bermakna pintu hati sudah tertutup untuk terima lelaki lain tapi buat masa ini saya lebih senang untuk berkawan saja dengan sesiapa pun”
Pada kami, kalau sudah suka sama suka, apa salahnya bukan? Masing-masing masih single & available. Eh kejap, Diana Amir apa cerita Zizan?

misi bertaruh kuda

Pada suatu hari yg tenang..seorg
suami sedang relaks sambil duduk membaca suratkhabar. ....tiba2 datang
si isteri membawa tudung periuk....PANG! !....diketuknya atas kepala si
suami.....si suami yg
terpinga2... ..bertanya. ....

"Aper hal
ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??...." si isteri pun
menjawap.... "nah! awak tengok nih...." sambil menunjukkan secebis
kertas yg tertulis nama....'Mary' ....si isteri tentula menyangka si
suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary....

Dengan tenang si
suami menjawab...." ooo....itu nama kuda yg saya bertaruh semalam.....
namanya Mary...." si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..
terus menyambung kerja di dapur.....

Selang seminggu berlaku
ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu....
PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....si suami pun bertanya..
"aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???..." dengan selamba..si
isteri menjawap.... "kuda awak telefon!!".....


* Komen: jangan buat macam ni ekkk...Warghkahkahkah!

misi pembunuh di FB

 
berkenalan di facebook, dirogol dan dibunuh.
mangsa diumpan dengan gambar lelaki kacak, tubuh yang mantap.
jadi, awas ye semua. jangan mudah terpedaya. mentang-mentang ada yang ingin berkenalan, mudah saja nak tergedik-gedik. dalam dunia maya begini, macam-macam boleh berlaku.
jaga diri, hiasi peribadi.

Thursday, December 30, 2010

misi teguk air haram

bagi yang tak penah tengok lagi pic ni, saya hidangkan dengan ucapan kalimah syahadah...

misi pelik orang singapura

Mereka yang berbogel di khalayak awam ada yang ingin mencuri perhatian dan ada juga yang ingin merasakan pengalaman hebat.

Pada tahun 2007 terdapat 136 kes seumpama itu dilaporkan. Ia meningkat pada tahun 2008 iaitu sebanyak 146 kes dan meningkat lagi pada tahun berikutnya kepada 166 kes.

Untuk tahun 2010, setakat 6 bulan dilaporkan terdapat sebanyak 105 kes sehingga bulan Jun. Tahun ini bakal memecah rekod lagi.

Adakah orang Singapura semakin hilang akal kerana semakin maju lalu mencari publisiti murahan akibat tekanan kehidupan?

misi pelik2



 

SINGAPURA - Seorang wanita bogel dilihat menaiki sebuah bas di Bedok kelmarin, lapor asiaoneNews semalam.
Gambar-gambar wanita itu berbogel menaiki sebuah bas dengan membawa beg di bahunya disiarkan di laman berita akhbar berkenaan.
Beberapa saksi memberitahu akhbar Lianhe Wanbao bahawa mereka melihat seorang wanita pertengahan umur menanggalkan pakaiannya sehelai demi sehelai semasa dia mendekati sebuah perhentian bas di Bedok pada petang kelmarin.
Akhbar berbahasa Cina itu melaporkan bahawa perhentian bas tersebut dipenuhi dengan orang ramai yang merenung aksinya.
Lima minit selepas menunggu, sebuah bas tiba dan beberapa saksi menyatakan dia berjalan di depan orang ramai untuk menaiki bas berkenaan.
Pemandu bas itu menghubungi polis apabila melihat wanita itu menaiki basnya dalam keadaan bogel.
Ekoran situasi itu, pemandu bas tersebut mengarahkan semua penumpang lelaki duduk di kerusi depan manakala wanita berkenaan duduk di kerusi bahagian belakang bas.
Salah seorang penumpang memberikan sehelai jaket kepada wanita tersebut untuk menutup tubuhnya.
Anggota-anggota polis kemudiannya menahan wanita tersebut dalam episod yang berlaku selama 45 minit.
Kejadian terbaru itu mencetuskan persoalan di negara berkenaan sama ada semakin ramai penduduk suka berbogel di tempat awam.
Sebelum wanita itu, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an didapati berbogel di restoran MacDonald's di Queensway, Singapura untuk memesan secawan kopi.
Namun, dia kemudiannya turut ditangkap polis pada awal minggu ini. - Agensi