Thursday, December 30, 2010
misi curi lagu
Sebagai bahan penyedap cerita laser ketika AFF Suzuki Cup, hari ini seorang penyanyi Indonesia yang dikenali sebagai Imaniar menuduh Misha Omar mencuri karya lagu milik’nya berjudul Semoga Abadi.
Imaniar berkata, lagu ini dicipta pada tahun 2000 ketika terikat dengan kontrak yang ditawarkan oleh BMG Indonesia untuk penghasilan 2 buah album. Kemudian, saya ciptakan lagu ini bersama Yossi Hitiyaubesi. Album yang memuatkan lagu ini berjudul Imaniar, tetapi hit single menggunakan judul Semoga Abadi. Saya ada juga buat video klip, tetapi tidak popular dan tidak dipromosikan kerana pada tahun 2000 berlakunya kegawatan ekonomi.
Yang lebih menyakitkan hati Imaniar apabila suara asalnya tetap digunakan dalam lagu tersebut tanpa sebarang kredit kepada komposer & penulis lirik lagu Semoga Abadi di CD penyanyi Misha Omar.
“Mungkin tidak menguntungkan atau daripada apa yang saya tahu, pada tahun 2006 Misha Omar menggunakan lagu tersebut dengan judul yang sama. Cuma di CD atau kasetnya tiada kredit penuh buat pencipta lagu, dan yang paling menyakitkan hati apabila suara saya digunakan oleh Misha Omar sebagai backup vocal. Betul-betul sakit hati, kerana tiada kebenaran diberikan, maka saya terasa seperti dipijak-pijak,” kata Imaniar mengakhiri tuduhan’nya.
Misha Omar yang dihubungi ketika itu enggan memberi sebarang komen kerana semuanya telah diserahkan kepada pihak Sony Music, berikut adalah tweet’nya kepada kami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment